SMARTNIAGA NETWORK SDN. BHD. (827922-T)

Incredible Savings on Windows Web Hosting!

Cuti-Cuti Sekolah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



My Family
- FASAHMIN -


Pict ni dipetik oleh Pak Ngah aku ketika kami satu family bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah pada musim cuti sekolah yang lepas. Kami berehat sambil menunaikan solat zohor di Masjid Selat Melaka di Pulau Melaka.

- My Puteri's -

Akak, Erin, Anis, Adik and Farah berposing di Memorial Portugies


-Mendongak Langit-
Location : Upstair Kapal Samudera

Keindahan Masjid

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



Masjid Terapung Melaka

Di tangkap ketika menghayati keindahan ciptaan yang manusia buat yang sebenarnya di ilhamkan oleh Allah S.W.T. Betapa hebatnya ciptaan Allah yang bernama manusia ini. Moga Allah memberkati arkitek yang mencipta dan kontaraktor yang membina dan pekerha-pekerja yang menyiapkannya

Laluan Pulang

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"




Sinaran lampu di laluan Lebuhraya Utara-Selatan. Diambil ketika di dalam perjalanan pulang ke Johor. Di negeri Perak Darul Ridzuan. Di Bandar Ipoh.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Assalamualaikum buat sahabat handai yang sentiasa berada di dalam rahmat dan lindungan serta naungan dari ilahi. Kembali lagi diri yang dah lama tidak mengisi kekosongan ruang penulisan di dalam blog aku ni. Dah bersawang agaknya laman sesawang aku ini. Hari demi hari aku rasakan sesawang aku ni dah macam sawang dah. Terfikir nak renew tapi tak der duit…hahaha macam beli spare part kereta jek.

Berkata aku tentang spare part kereta ni kan. Aku nak tanya korang tentang tahap-tahap kerosakan kereta yang seringkali menganggui hidup anda. Semestinya korang semua tidak suka kereta rosak bukan. Tetapi tahukah anda yang sebenarnya hati dan perasan juga tidak mahu dirosakkan dan dikotori seperti mana contoh yang aku bawakan tadi iaitu kereta. Kita juga tahu bahawa kereta merupakan idea dan buatan manusia yang banyak kelemahan. Itupun kita tidak mahu ia rosak dan kotor ataupun sebagainya. Tetapi adakah kita terfikir akan hati dan perasaan yang diciptakan oleh Yang Maha Esa iaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kita seringkali menyeksanya..

Imam Ghazali Berbicara Soal Hati

Sesungguhnya Imam Ghazali telah membuat kajian dan perincian tentang hati ini dan telah membahagikan tahap-tahap ke atasnya seperti tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya iaitu:

1. Bahawasanya hati yang dibangunkan dengan binaan taqwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.

Dengan daya penglihatan yang terbuka kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini mengalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya.

Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketaqwaan dan bercahaya dengan sinar ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan.

Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihatoleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikanyang berterusan dan saling bersambungan.Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk sarana, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan. Allah mengisyaratkan dalam Surah Al Lail, maksudnya:

“Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga ).” ( Al-Lail : 5-7)

Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari ‘misykat rububiyah’ sehingga tidak ada sesuatu yang terlindung padanya dan tidak dipengaruhi oleh tipu daya syaitan bahkan tidak akan mempedulikannya.

Selepas bersih daripada sifat tercela lagi membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah.

Hati inilah diterima dan dihadapkan oleh Allah ke atasnya iaitu ‘Hati Muthmainnah’ yang dimaksudkan oleh firman Allah bermaksud:

“ Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah ! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.(ar-Ra’d)

2. Hati yang kecewa dan terbuang dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak yang buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat. Punca kejahatannya ialah bermula dari lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya.

Tetapi akal sudah biasa menjadi kahdam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu daya bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menrima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadi kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.

Ketika itulah syaitan mengambil kesempatan dan peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya. Dengan sebab itulah, semakin lemah daya imannya dengan janji Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap dan debu gelap dari hawa nafsu menutupi dan menyelubungi hati sehingga menutupi sinar cahayanya.

Sementara asap sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik. Demikianlah kesan penguasaan hawa nafsu kepada hati, sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat pertimbangan.

Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan jalan yang benar , ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat. Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firmannya yang bermaksud:

“Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar dan memahami, mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi”. (Al-Furqaan: 43-44)

3. Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan. Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu.

Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya. Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.

Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akaldan ketaqwaan dengan bantuan malaikat. Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat Bahimiyah, Sabu’iyah dan Syaitaniah, hati akan dikuasai oleh syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.

Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan mentaati Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

HaRmOnIe'S CrEatEd

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



Gambar ini di edit ketika aku bosan-bosan dekat umah.Berlatar belakangkan Masjid Ali Pasya yang di snap di sudut Masjid Sultan Hassan dan Masjid Riffaei.Gambar ini di ambil ketika mengikuti Jaulah Makam 2007

Gambar di edit semasa tengah tak der kerja.Berlatar belakang perairan dan kawasan Kubu Sultan Salahuddin Al Ayubi.Gambar ini diambil ketika mengikuti Jaulah Sinai 2008.


Di edit juga oleh aku semasa aku tengah buat kad adhock.Berlatar belakangkan Kincir Air yang terdapat pada masa zaman pemerintahan Nabi Yusuf semasa di Mesir.Gambar ini di snap masa mengikuti Jaulah Fayyoum 2006



Gambar ini aku edit juga lepas aku balik dari kuliah.Sempat juga sahabat aku Adnan snap.Berlatar belakangkan Mudaraj Jadid Kuliah Usuluddin Wa Syariah Universiti Al Azhar Tanta dari belakang .

KaTa-KaTa HiKmaH

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"




 

K2 Modify 2007 | Use it. But don't abuse it.